Wednesday, June 24, 2009

kepercayaan..

apa sebenarnya kepercayaan dalam erti kata sebenar? seperti yang kita maklum, kepercayaan merangkumi pelbagai aspek subjektif yang berbeza mengikut fahaman dan pandangan masing-masing.Tapi kepercayaan boleh dibahagikan kepada tiga.Kepercayaan pada diri sendiri, orang lain dan Tuhan. Kepercayaan pada Tuhan membolehkan kita menginsafi kejadian diri seterusnya mengenali Maha Pencipta.Kepercayaan diri sendiri pula menjadikan kita lebih yakin dan berjaya dalam semua aspek dan keputusan yang dibuat.Dan akhir sekali kepercayaan pada orang lain. Kepercayaan pada orang lain ini mungkin berbeza bagi setiap orang yang kita kenali.

Ini kerana setiap orang mempunyai tingkah laku yang berbeza dan menyebabkan kita mempunyai tanggapan yang berlainan bagi setiap orang.Oleh sebab demikian, kepercayaan yang diberikan kepada kita hendaklah kita jaga sebaiknya, kerana setiap kepercayaan itu amanah untuk kita pelihara dan jaga dengan betul.

No comments:

Post a Comment